Rabu, 27 Oktober 2010

Jangan Terlalu Berani Mencabar

Bukan Miz Scarlet takda modal nak membebel...tapi artikel di bawah ini Miz Scarlet rasa lebih penting disiarkan di sini untuk anda semua baca.

Nga Kor Ming ( DAPig) masih terus memperlihatkan keangkuhan dan pendirian racistnya, menyalak minta lebih keistimewaan untuk sekolah-sekolah Cina.

Siapa yang racist? Siapa??? >>>>>The FlyingKick


Jangan terlalu berani mencabar
Ada orang yang tinggal di bumi bertuah ini langsung tidak bersyukur, malah mempersendakan dan menghinakan kedudukan istimewa agama Islam dan Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.
Saya cadangkan mereka berhijrah ke negara lain, jika negara ini sudah tidak ada lagi kebebasan baginya. Pergilah ke negara asal-usulnya atau ke Barat, kerana di sana lebih banyak 'kebebasan' untuk membina gereja paling besar dan patung paling tinggi di dunia serta, sekolah vernakular, termasuk juga melakukan perbuatan sumbang seperti seks bebas.
Ternyata orang ini amat jahil (mungkin sengaja) dalam memahami Perlembagaan dan asal-usul negara ini atas sikap ultra kiasu. Keadilan baginya adalah sama rata dan sama rasa bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apakah orang ini tidak menyedari bahawa bilangan rumah ibadat bukan Islam melebihi berkali ganda daripada masjid dan surau. Pun begitu orang ini masih tidak berpuas hati. Mereka mahukan patung Mazu dan patung-patung lain serta gereja menjadi mercu tanda, terbesar dan tertinggi, barulah dinamakan adil, bertepatan dengan hak kebebasan dan hak asasi manusia.
Saya cadangkan orang ini supaya membawa ideanya itu ke negara Barat, mungkin negara asal usulnya di China. Cadangkan apa yang dimahukan terhadap mereka. Saya amat yakin cadangan orang ini akan 'dibakulsampahkan' sebab tidak masuk akal, kecuali di Malaysia, kerana toleransi ditunjukkan oleh pribumi tidak ada tolok bandingnya. Pergilah ke Kelantan, orang bukan Melayu boleh dikira dengan jari, tetapi mereka memiliki patung Buddha yang begitu besar sekali. Ini belum termasuk Pulau Pinang dan negeri-negeri lain. Masihkah orang ini tidak bersyukur?
Keistimewaan Islam termasuk mengembangkan syiar Islam seperti membina masjid dan surau sudah termaktub dalam Perlembagaan. Namun, kebanyakan surau dan masjid dibina menggunakan peruntukan wang zakat, walaupun tidak salah jika kerajaan mahu menggunakan wang negara. Tetapi untuk mengelakkan kontroversi, pemimpin negara hanya menggunakan harta orang Islam sahaja. Tidak kurang yang membinanya melalui kutipan derma dan sedekah hartawan. Apakah orang ini masih buta mata hatinya? Jangan pula kata kerajaan tidak memberikan peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam.
Seringkali saya timbulkan kenapa perlukan bilangan rumah ibadat yang banyak dan bersaiz tinggi dan besar, sedangkan keperluan penganutnya tidak berapa ramai? Justeru, tidak perlulah gatal tangan membeli dan buka gereja di rumah kedai. Lepas itu salahkan kerajaan kerana tidak membantu membiayainya. Janganlah jadi kafir harbi.
Perlembagaan
Ketika Perlembagaan digubal, kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil kerajaan British sendiri, Penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu.
Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Walaupun Pas menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas orang ini dan ultra kiasu yang lain.
Mereka sengaja tidak mahu sedar bahawa dengan kelebihan ini juga, mereka beroleh keuntungan. Aktiviti keagamaan mereka tidak pernah disekat, malahan mereka bebas untuk mengamalkannya tanpa diganggu-gugat. Sedih juga kadangkala melihat umat Islam sembahyang jumaat berjemur sehingga ke jalan raya disebabkan saiz masjid yang tidak dapat menampung keperluan jemaah. Itupun masih dipertikaikan.
Pertikaian mengenai status agama Islam seolah-olah tiada penghujung walaupun ia amat sensitif. Orang ini tidak setuju dengan mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah dan budaya berdoa ketika perhimpunan seminggu sekali yang tidak sampai tiga minit pun. Terlalu bersifat Islam dan Melayu katanya. Sekiranya ini pun dicabut, apakah yang masih tinggal? Apa guna Perlembagaan? Sebagai ganti pelajar bukan Islam boleh mempelajari mata pelajaran bahasa ibunda dan pendidikan moral yang sudah diselitkan serba sedikit ajaran agama lain. Tidak cukupkah? Beri betis nakkan peha.
Satu sahaja yang saya pinta agar orang ini dan sekutunya, beramal dengan ajaran agama mereka dengan menjauhi judi, arak, zina, seks bebas dan lain-lain. Barulah aman negara ini.
Cuba siasat silibus mata pelajaran di negara China dan di India, adakah matapelajaran agama Islam diberikan hak kepada minoriti umat Islam Cina di sana? Sudah tentu tidak. Malah mereka ditindas. Begitu juga di negara Barat, berdoa mengikut ajaran Kristian adalah perkara biasa. Umat Islam di sana diam sahaja kerana mereka tahu itu bukan negara asal mereka. Kenapa mahu mempertikaikan bacaan doa dalam sebuah negara Islam?
Adakah dengan amalan doa tersebut, hati orang bukan Islam akan cair lantas memeluk Islam? Benci sungguh orang ini terhadap Islam. Doa adalah salah satu amalan budaya orang Melayu Islam. Takkan kita mahu hapus semua identiti pribumi semata-mata mahu meraikan orang lain. Jika begitulah keadaannya, tukar sahaja nama Malaysia kepada Cinasia atau Indiasia. Pelik sungguh spesies sebegini, tak habis-habis cuba mencabar kedudukan Islam dan pribumi.
Begitu juga dengan Sekolah Missionari yang telah diambilalih oleh kerajaan. Bukanlah menjadi isu besar jika identiti penjajah seperti lambang salib ditukar kepada identiti tempatan. Tidakkah ia perlu dimalaysiakan sifatnya sesuai dengan keadaan masyarakat di sini? Kenapa masih mahu mengekalkan identiti penjajah? Apakah mengekalkan identiti Melayu atau tempatan bermakna memelayukan bukan Melayu? Apakah kita langsung menolak asimilasi walaupun sedikit? Apakah majoriti langsung tidak ada hak dalam masyarakat minoriti?
Anak
Orang ini tidak perlu menghantar 'anaknya (jika ada anak sah taraf) ke sekolah kebangsaan, jika dia tidak yakin dengan sekolah kebangsaan atau pun mungkin dimelayukan. Kehadiran 'anak' orang ini tidak diperlukan di sini. Hantar sahaja 'anak'nya itu ke sekolah di negara asal-usulnya atau ke seberang laut. Cubalah buat kajian berapa ramai produk pelajar bukan Melayu yang telah berjaya hasil didikan di sekolah kebangsaan peringkat menengah setelah mereka tamat pembelajaran di sekolah vernakular? Tidak juga mereka memeluk Islam melalui amalan doa pagi ketika perhimpunan.
Persoalan juga ditimbulkan mengenai pertubuhan bukan Islam di sekolah seperti yang telah saya tulis dalam Mingguan Malaysia 1 Ogos 2010. Tidak perlu saya ulang. Bacalah. Persoalan kenapa bukan Islam tidak boleh berdakwah kepada orang Islam, bacalah Perlembagaan, jangan jadi jahil.
Orang ini juga membangkitkan mereka yang memeluk Islam yang dibantu dari segi kewangan. Tidakkah orang ini tahu bahawa bantuan tersebut dibuat melalui asnaf zakat, bukan wang sekutu ultra kiasu orang ini yang selalu cuba mengelakkan diri daripada membayar cukai? Orang ini janganlah terlalu berani.
Sebenarnya semua perkara yang dibangkitkan itu adalah tuntutan pertubuhan haram Inter- Faith Council (IFC) dan Majlis Peguam satu ketika dahulu. Agama Islam dilabelkan sebagai zalim kerana tidak membenarkan mereka yang memeluk Islam untuk murtad kembali.

Jumaat, 15 Oktober 2010

Biasalah...Orang Vogue...Ada Je Orang Dengki......


Miz Scarlet tergelak membaca entry MYKMU siang tadi...
Bukan nak mengata, tapi nak mengenangkan hal Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamarudin.
Puas Miz Scarlet memikirkan...apa problem pompuan ni....?
Kenapa dia "Kak Nam" (tanya orang Johor)  sangat memperleceh-lecehkan Datin Seri Rosmah?
Mula-mula Miz Scarlet fikir, biasa lah...penganut-penganut PKR ni, segala yang kerajaan buat semuanya salah.. Mengkritik pandai benar, yang baik semuanya ditwistkan supaya nampak buruk. Yang bukan isu pun dijadikan isu besar. Maklumlah...populariti diorang sedang menjunam...maka carilah publisiti murahan..
Miz Scarlet tak nampak langsung bahawa usaha DS Rosmah melindungi gadis-gadis yang hamil di bawah satu program bersepadu tu sesuatu yang salah.  Sebagai seorang wanita DS Rosmah telah mengusahakan sesuatu yang cukup murni.  Salahkah beliau  cuba menyelamatkan remaja-remaja perempuan yang malang ni?
Yang dikecohkan oleh si Zuraidah ni ialah kononnya DS Rosmah campur tangan dalam urusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dasar perempuan becok, nak melaga-lagakan DS Rosmah dengan Datuk Seri Sharizat. Kalau hasrat dan tujuannya luhur, tak kiralah siapa pun... Miz Scarlet rasa kita patut beri pujian dan alu-alukan usaha murni ini. Lagipun, pada pendapat Miz Scarlet, Datuk Seri Shahrizat bolehlah menumpukan kepada isu-isu lain yang lebih berat yang memerlukan tindakan segera oleh kementeriannya.
Miz Scarlet rasa DS Wan Azizah sendiri pun tak pernah kisah pun pasal masalah remaja-remaja perempuan yang teriniaya ni. Ya lah...dia kan sibuk dengan kisah ‘jambu-jambu’ peliharaan suaminya....Mana ada masa nak fikirkan kebajikan orang lain. Kebajikan dalam keluarganya sendiri pun tak boleh nak handle.
Hello, DS Rosmah tu kan Wanita Pertama Malaysia, apahal pulak you all dengki bebenor??
Ada juga orang kata, Zuraidah ni bukan kecoh pasal isu usaha DS Rosmah tu sangat...
Dia sebenarnya sengaja buat-buat bising kerana nak serlahkan dirinya, untuk tarik perhatian DS Najib...
Yang paling Miz Scarlet tak tahan ialah...diorang kata si Zuraidah ni sebenarnya jealous kat DS Rosmah...sebab First Lady kita ni vogue, steady dan disenangi ramai..
Datin Anne Serbatau  pun berkenan benar  kat style rambut DS Rosmah...sanggup berabis kat salun ‘A Cut Above’ di BV2 tu kerana nak jugak2 tiru  style rambut DS Rosmah tu..
Balik kepada kisah Zuraidah Kak Nam ni...


You all tengoklah gaya dia macam mana....ada sapa-sapa terliur ke??
Diorang kata, kalau budak kecik tengok pun meraung!!
Gelak mengguling-guling Miz Scarlet.....


Khamis, 7 Oktober 2010

Berapa Kole Sudah Minum ??? PAS Kata Dasar Negara Komunis Lebih Demokratik !!

Padah Buruk Jika DiBiarkan Pakatan Memerintah
Nasi Lemak Bangsar

Pagi tadi Miz Scarlet beli beberapa bungkus nasi lemak kat Lorong Maarof. Datin Anne dah janji  nak  datang breakfast kat apartment Miz Scarlet. Mengidam nasi lemak dan kopi ‘O’, katanya.
Tengah syok Datin Anne menghirup kopi ‘O’ suamnya, tiba-tiba dia tersedak! Apa lagi la pulak halnya Datin Vogue sorang ni.....suka buat I terkezut gitu.......
Berkerincing bunyi gelang Aksesori ALDO Datin Anne bila jari telunjuknya mengetuk-ngetuk kertas surat khabar pembungkus nasi lemak depan Miz Scarlet.
Oh...rupanya dia nak tunjukkan tajuk artikel dalam surat khabar Harakah yang jadi pembungkus nasi lemak yang kitorang makan tu..
 Oleh kerana kertas surat khabar Harakah tu dah bersememeh dengan sambal nasi lemak.....
Berapa kole sudah minum ?? Hindraf mabuk pun tak lorat gitu....Gitulah orang-orang PAS dan PKR ni...nak kata bodoh, reti pulak menulis dalam suratkhabar  (untuk audience diorang sendiri boleh laaa...orang macam kita ni...apa kelasss kita nak percaya....)....
Abis la kita orang Melayu ni kalau Pakatan Rakyat ni memerintah....ada ke ideologi komunis tu yang nak dipakainya...

Jenuh dah kerajaan bagi sekolah free dari kecik sampai ke tua...tak reti-reti nak bezakan yang mana betul, mana yang salah..
Kadang-kadang Miz Scarlet terfikir, baik toksah diberi kemudahan apa-apa pun pada diorang, biar  lantaknya diorang ni duduk dalam gelap, dalam dunia diorang sendiri. Bukan ada pekdah apa pun kat kita...Apa saja jasa baik yang kerajaan beri, semuanya di’twist’kan supaya nampak salah dan mempunyai agenda yang tersirat. Pelbagai usaha DS Najib lakukan, nak majukan orang Melayu dan negara, semuanya diperlekehkan..Dasar tak mengenang budi sungguh puak-puak ni..
Ala...saja je diorang nak menyedapkan hati sendiri.....Diorang bukan tak sedar Pakatan Rakyat dah menunggu masa je nak tumbang dalam PRU 13 nanti....
Datin Anne Serbatau dah tersandar kekenyangan...apa taknya..dah selamat dua bungkus nasi lemak atas meja tu...

Isnin, 4 Oktober 2010

Datin Anne Serbatau Terjerit, Auww!!!

Miz Scarlet lunch dengan Datin Anne Serbatau kat restoran Basil di Bangsar Village 1 tadi...sambil2 tu try buka Utusan Online guna Nokia E5 yang baru dibeli semalam. Canggih jugak gajet baru I ni...
Tiba-tiba Datin Anne terjerit, “Tun M dah sihat!!...Alhamdulillah syukur pada Allah....” katanya sambil mengurut-urut dada yang sarat dengan koleksi terbaru Habib Jewel...tak perasan pulak Miz Scarlet rupanya mata Datin Anne menjeling ke screen handphone baru I.....
 

Kalau dah seluruh negara rakyat mendoakan supaya Tun M kembali sihat dengan tulus ikhlas, tuhan kabulkan juga doa kita...tuhan pun tau semua orang teramat sayangkan Tun M.
Tu lah Miz Scarlet nak kata, kalau setakat dua tiga orang PAS dan PKR mendoakan perkara yang tak baik dan tak logik buat Tun M, baik la tak payah....tuhan pun tau.....





RPK 'Mintak Puji" Ku Tak Berahi Padamu Lagi...

Raja P Kojak berhenti memfitnah, tukar karier jadi pelakon??
  


Ya lah..di London tu siapa yang nak layan tulisan dia? Agaknya dia sedar dirinya dah tak boleh cari makan, itulah sebabnya dia cuba beralih menjadi pelakon drama.
Drama terbaru yang dibintangi ialah "Ku Tak Berahi Padamu Lagi"...karya Anwar Berahim..
Usahkan manusia, kucing pun akan mengeleng-ngeleng tak percaya RPK akan berhenti menyokong PKR.
Kenapa sekarang baru RPK bersuara tak puas hati dengan pencapaian pembangkang?
Apa bendanya yang dia tak puas hati??
Cuba suruh dia senaraikan...
Apa nak disenaraikan, ye tak?
Memang pembangkang takde buat apa-apa pun untuk rakyat...
Miz Scarlet percaya takkanlah RPK berani menentang orang yang menanggungnya makan...
Semua orang di area Bangsar ni dah tak jelak dengan kelakuan ‘mintak puji’ RPK.
Dia fikir dia hebat sangatkah?
Kalau dia sokong atau tak sokong pun orang peduli apa?
Berlakon buat gempak je boleh la...
Kalau PKR tak sponsor hidup dia, harus dia kerja jadi tukang bancuh teh tarik atau jadi penebar roti canai kat mana-mana restoran mamak di London tu.
Dia mesti bermati-matian sokong Anwar, sebab kalau Anwar menang cerahlah peluang dia balik ke Malaysia dengan selamatnya.
Selagi BN berkuasa, usahlah angan-angan nak balik ke Malaysia ni..
Reflect kilat kepala kojaknya akan lebih cepat menarik perhatian pihak berkuasa, terus kena tahan dan dakwa dia di mahkamah.
Kalau Anwar berkuasa pun belum tentu dia selamat balik ke Malaysia. Bukan kita tak biasa dengan tendang terajang Anwar, silap-silap diupahnya pembunuh upahan menembak kojak ni, sebab kojak ni terlampau banyak tahu hal2 dalam “Secret Garden” Anwar. Ni bukan Miz Scarlet kata....tapi Datin Anne Serbatau yang kata...Miz Scarlet tertawa membaca laporan tersebut.

Anda tentu minat membaca lagi: