Selasa, 28 September 2010

Bukan Salah Ibu Mengandung, Salahkanlah Anwar Yang Berlaku Serong


Wajah masa depan negara boleh dilihat daripada golongan muda pada hari ini samada mereka terdiri dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi atau sebaliknya. Ini akan menentukan samada pada masa hadapan akan menjadi sebuah negara yang aman makmur atau sebaliknya, maka kita haruslah bersedia untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku.
Dengan sebab itulah kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional sejak dulu berusaha merangka kurikulum sekolah berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Usaha murni kerajaan Barisan Nasional ini patut dikenang dan dihargai. Kita sebagai  rakyat seharusnya turut berusaha membantu untuk mencapai hasrat yang dicita-citakan tersebut.
Namun apa yang kita kesalkan sekarang ialah golongan muda pada hari ini semakin lama, semakin hilang akhlaknya, baik terhadap ibu bapa, guru, majikan, pihak berkuasa dan masyarakat. Kalau diperhatikan, ibu bapa tetap mengasuh anak mereka dengan cara yang sama seperti datuk nenek mengasuh mereka, guru-guru di sekolah bertungkus lumus mendidik pelajar, dengan usaha yang lebih berlipat ganda dari apa yang telah dilakukan oleh guru-guru pada zaman kita dulu.

Dulu hampir tak pernah kita dengar cerita anak memukul ibu bapa, menyerang guru, membuli rakan hingga mati, menyamun, merogol dan pelbagai jenayah yang boleh menaikkan bulu tengkuk kita mendengarnya. Tapi sekarang, perkara-perkara begini seakan-akan lumrah dan boleh kita baca dalam laporan akhbar setiap hari. Dalam hal ini, takkan kita hendak menyalahkan kerajaan lagi. Apa lagi yang kerajaan tidak usahakan yang terbaik untuk kita?
Yang jelas kita lihat, kelunturan akhlak dan peningkatan jenayah yang dilakukan oleh golongan muda ini ialah hasil dari asuhan pembangkang, terutama sejak Anwar melancarkan gerakan reformasinya pada tahun 1998. Kita memang sudah sedia tahu peribadi beliau sememangnya berjiwa pemberontak sejak dari zaman mudanya lagi. Dialah yang mengajak rakyat  memberontak, melanggar undang-undang, bencikan pemerintah, menghasut, menyerang pihak berkuasa, memaki hamun, menipu rakyat supaya menghalalkan apa jua yang dilakukannya.
Segala apa yang diusahakan oleh kerajaan untuk menjadikan rakyat satu bangsa yang berilmu, berjaya, bersatu padu,  hidup rukun damai, hancur berkecai akibat kegilaan Anwar. Dengan menggunakan kedudukan dan popularitinya, dia mengambil kesempatan mengasuh generasi baru supaya berjiwa pemberontak, bengis, tidak berakhlak seperti dirinya sendiri. Bukan itu saja, bangsa kita yang selama ini bersatu, habis berpecah-belah akibat hasutannya.
Dengan kepimpinan DS Najib yang tidak jemu-jemu berusaha membaiki kerosakan dan kemusnahan yang telah dilakukan oleh Anwar, kita seharusnya sedar bahawa kita perlu memainkan peranan sebagai rakyat yang berfikiran rasional dan matang, menyokong penuh usaha itu untuk kebaikan dan kesejahteraan kita dan anak cucu kita sendiri juga .Yang kita amat harapkan kini ialah, kembalilah bersatu supaya kita kuat semula. Kelemahan kita ini sedang diambil kesempatan oleh bangsa lain yang sentiasa menanti peluang untuk merampas kehidupan kita.
Tiada apa yang boleh kita harapkan lagi daripada manusia bernama Anwar yang paling tidak bertanggungjawab ini. Diharapkan namanya pada suatu hari nanti tidak dicatat di dalam mana-mana buku Sejarah sebagai seorang pemimpin di negara ini, kerana dia adalah manusia yang bertanggungjawab menghancurkan bangsa dan negara untuk kepentingan dirinya sendiri.
Baca seterusnya:
Young generation no longer respect the law, says IGP

KUALA TERENGGANU: Violent crimes committed by youths are on the increase and have reached a worrying level, said Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar.
“We are witnessing the emergence of a new trend, the younger generation are showing disrespect and they could not care less about the law.
“They have no regard for people in authority, including police officers, teachers or even doctors,” he said after visiting two injured policemen at Sultanah Nur Zahirah Hospital here yesterday.
Showing concern: Ismail giving words of encouragement to Arizan at the Sultanah Nur Zahirah Hospital in Kuala Terengganu yesterday. Looking on is Terengganu police chief Datuk Mohd Shukri Dahlan (right).
Const Arizan Mohamad, 24, suffered fractures on his collarbone and both legs after he was rammed by youths on a motorcyle while manning a roadblock at Jalan Masjid Abidin here on Sept 16.
Ismail said Arizan’s case was not an isolated one as many other policemen were injured while carrying out their duties and most of the offenders were youths.
“We have to work on preventive measures and stop young people from committing more wrongdoings.
“They don’t have the basic value in terms of respect for the law and this can be detrimental to the country,” he added.
During a visit to the Terengganu police contingent headquarters here, Ismail said the use of new media would ensure that the fight against crime will be more effective. He added that the police needed to change its approach, such as forming a Facebook account and a media centre at Bukit Aman, which will help the authorities in its crime-fighting efforts.
“The police Facebook page has received an overwhelming response from the people, who provided us with information on crime.
“We will also work hard to foster closer ties with the public through the formation of more Rakan Cop schemes and also through sports and social clubs.
“We have to change our approach to policing accordingly to the pace of development, hence we need more friends that is surely the members of the public and corporate companies who could provide us salient information on crime happenings in their respective areas,” he said.
Ismail said the police has also started posting crime-prevention tips and statistics on areas with high crime indexes using the social networking site.
Note: Pic caption
Showing concern: Ismail giving words of encouragement to Arizan at the Sultanah Nur Zahirah Hospital in Kuala Terengganu yesterday. Looking on is Terengganu police chief Datuk Mohd Shukri Dahlan (right).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan