Khamis, 4 November 2010

PAS - LEBAI MALANG


Kebongkakan PAS dan Pakatan Haram Makan Diri!!
Jutaan TAHNIAH Miz Scarlet ucapkan kepada seluruh jentera BN dan Tengku Razaleigh Hamzah yang berjaya memacu kemenangan BN di Galas.
Tahniah juga kepada Datin Linda Tsen yang berjaya mengekalkan kerusi BN di Batu Sapi. Terubatlah sikit kedukaan Datin Linda yang baru kehilangan suami tersayang..
Apa yang Miz Scarlet nak katakan di sini ialah perihal kesombongan dan kebongkakkan PAS dan pengikut-pengikut otainya di Galas. Terlampau sombong dan bangga menghina calon BN yang hanya berkelulusan SPM. Memfitnah BN merasuah pengundi, padahal terbentang dalam merata blog dan akhbar gambar Nik Aziz tersenyum simpul menghulur duit kepada pengundi.
Mengeleng-ngeleng Miz Scarlet lihat dalam tv tadi.. juak-juak PAS yang berjubah dan berserban sebesar bakul, melambai-lambaikan duit yang digantung pada batang kayu...sambil melaungkan ‘Siapa undi PAS akan dapat duit’..alangkah angkuh dan sombongnya mereka menghina pengundi-pengundi di Galas.
Tak cukup dengan itu, seorang makcik kutai PAS juga tergamak membelasah Ketua Puteri Kuala Krai dengan batang bendera. Betul jugak kata abang Ujang Ranggi... macam perangai pompuan zaman jahiliah. Inilah hasil didikan PAS dan Pakatan Haram terhadap rakyat di bawah pemerintahan mereka. Rosak binasa !!
Balasan Allah rupanya serta merta...
Akhirnya PAS seperti Lebai Malang, abang-adik dengan Pak Kaduk (Pakatan Haram), menang sorak kampung tergadai..
Walau bagaimanapun Miz Scarlet nak ingatkan..BN  jangan cepat lupa diri...
BN harus tunaikan janji-janji yang telah dibuat semasa kempen dulu supaya rakyat terus menyokong anda!!
Kita juga tak harus lupa, perjuangan masih belum selesai..
Kita masih perlu bekerja kuat untuk pastikan BN menang besar dalam PRU 13.
BN jangan sekali-kali leka....kerana sekali mereka kalah, mereka akan mengatur strategi yang lebih hebat untuk memastikan kita jatuh semula..

Isnin, 1 November 2010

Inilah Jadinya Akibat Terlampau DiKongkong...

Jauh dari mak bapak..ini la jadinya..


Nak buat camane..mintak maap cakap le....duduk negeri sendiri, nak cari kerja pun payah..
Pemerintah pulak, teramatlah jumudnya...hingga nak bergincu, berkasut tumit tinggi pun tak boleh..
Dikatakan terlalu seksi..hingga boleh menyebabkan lelaki tergoda...
Bila terlepas ke bandar....tu diaaaa!!!
Nak kategorikan fesyen apa pun Miz Scarlett tak tau..
Miz Scarlet harap pemerintah di Kelantan, kalau ya pun hendak memelihara kehormatan wanita, janganlah sampai terlalu mengongkong...hinggakan mereka memberontak!
Ni terbaru Miz Scarlet dengar, ramai isteri-isteri orang-orang Pas tak dibenarkan keluar rumah, takut terpengaruh menyokong UMNO dan Barisan Nasional.
Kalau keluar juga, maka jatuhlah talak tiga. Tiga You !!!!!
Tengoklah tu, isteri sendiri yang tidur sebantal dengan diorang pun dicurigai, di mana letaknya maruah wanita di sana?
Yang peliknya...yang ramai mencari duit pula ialah kaum wanita. Tengok di pasar-pasar daerah mana pun di Kelantan, dari Kota Bharu hinggalah ke Galas...kebanyakannya cik mek-cik mek yang berniaga...boleh pulak??
Yang jantannya ke mana? Takkan goyang xxxxx je??
Ni dah kira perah bini...
Takpelah tu...sekurang-kurangnya wanita Kelantan amat pandai berdikari, ada jugak income sendiri...kalau harapkan mereka, harus mati tak makan..
Miz Scarlet harap kaum wanita di Kelantan bersuaralah...jangan selamanya tertindas macam ni..
Caranya mudah...pilihlah pemerintah yang adil, serta tahu menghargai sumbangan kaum wanita.
Masa mengundi sapa yang tau kan?
Pangkah je Barisan Nasional, pasti hidup anda berubah dan masa depan lebih terjamin..
Selamat mengundi wanita Galas..