Khamis, 4 November 2010

PAS - LEBAI MALANG


Kebongkakan PAS dan Pakatan Haram Makan Diri!!
Jutaan TAHNIAH Miz Scarlet ucapkan kepada seluruh jentera BN dan Tengku Razaleigh Hamzah yang berjaya memacu kemenangan BN di Galas.
Tahniah juga kepada Datin Linda Tsen yang berjaya mengekalkan kerusi BN di Batu Sapi. Terubatlah sikit kedukaan Datin Linda yang baru kehilangan suami tersayang..
Apa yang Miz Scarlet nak katakan di sini ialah perihal kesombongan dan kebongkakkan PAS dan pengikut-pengikut otainya di Galas. Terlampau sombong dan bangga menghina calon BN yang hanya berkelulusan SPM. Memfitnah BN merasuah pengundi, padahal terbentang dalam merata blog dan akhbar gambar Nik Aziz tersenyum simpul menghulur duit kepada pengundi.
Mengeleng-ngeleng Miz Scarlet lihat dalam tv tadi.. juak-juak PAS yang berjubah dan berserban sebesar bakul, melambai-lambaikan duit yang digantung pada batang kayu...sambil melaungkan ‘Siapa undi PAS akan dapat duit’..alangkah angkuh dan sombongnya mereka menghina pengundi-pengundi di Galas.
Tak cukup dengan itu, seorang makcik kutai PAS juga tergamak membelasah Ketua Puteri Kuala Krai dengan batang bendera. Betul jugak kata abang Ujang Ranggi... macam perangai pompuan zaman jahiliah. Inilah hasil didikan PAS dan Pakatan Haram terhadap rakyat di bawah pemerintahan mereka. Rosak binasa !!
Balasan Allah rupanya serta merta...
Akhirnya PAS seperti Lebai Malang, abang-adik dengan Pak Kaduk (Pakatan Haram), menang sorak kampung tergadai..
Walau bagaimanapun Miz Scarlet nak ingatkan..BN  jangan cepat lupa diri...
BN harus tunaikan janji-janji yang telah dibuat semasa kempen dulu supaya rakyat terus menyokong anda!!
Kita juga tak harus lupa, perjuangan masih belum selesai..
Kita masih perlu bekerja kuat untuk pastikan BN menang besar dalam PRU 13.
BN jangan sekali-kali leka....kerana sekali mereka kalah, mereka akan mengatur strategi yang lebih hebat untuk memastikan kita jatuh semula..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan